【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". ... ...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】
::..Seorang Insan Yang Mengambara Di Bumi Tuhan..::

Friday 17 February 2012

BACALAH ANKKU, BACALAH SAHABATKU. (^_^)

Saidina Abu Bakar sentiasa bersolat berjemaah dan menjadi Imam semasa Rasulullah sakit tenat dan terus mengganti baginda selepas kewafatan baginda S.A.W. Saidina Umar sentiasa bersolat jamaah dan syahid kerana ditikam semasa bersolat jamaah subuh. Saidina Othman menggantikan Saidina Umar dan terus bersolat jemaah sepanjang hayatnya kecuali semasa rumah beliau dikepung oleh golongan penderhaka. Saidina Ali R.A. ditikam ketika keluar untuk berjemaah solat Subuh.

Sabda baginda S.A.W : “ Barangsiapa menghidupkan sunnahku di zaman kurasakan umatku maka baginya ganjaran seratus orang mati syahid “.

Sabda Nabi S.A.W : “ Hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah Khulafa’ Rashidin yang mendapat hidayah,gigitlah ianya dengan gigi gerahammu “. (riwayat Abu Daud dan tarmizi)

1-Sabda Rasulullah S.A.W. :
“Solat berjemaah terlebih afdhal dari solat bersendirian dengan 27 darjat “.

BAGI KAUM LELAKI BACALAH ...KAUM WANITA PUN BOLEH BACA JUGAK !!!

Terdapat beberapa pendapat ulama’ mengenai hukum solat berjamaah:
1. Sunat mu’akkad – Mazhab Hanafi dan Maliki.
2. Fardu ain/wajib (bukan syarat sah solat) – Ulama’ Hanbali.
3. Fardu kifayah – Pendapat mazhab Syafi’i.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi telah bersabda :

Artinya : “ Aku berniat memerintahkan kaum muslimin untuk mendirikan solat. Maka aku perintahkan seseorang untuk menjadi imam dan solat bersama manusia. Kemudian aku berangkat dengan kaum muslimin yang membawa seikat kayu bakar menuju orang-orang yang tidak mau ikut solat berjamaah, dan aku bakar rumah-rumah mereka.(HR. Bukhari Muslim)

Abdullah bin Mas’ud Ra berkata : “ Engkau telah melihat kami, tidaklah seseorang yang meninggalkan solat berjamaah, kecuali ia seorang munafik yang diketahui nifaknya, atau seseorang yang sakit, bahkan seorang yang sakit pun berjalan(dengan dipapah) antara dua orang untuk mendatangi solat(solat berjamaah di masjid ).” Abdullah bin Mas’ud lalu menegaskan, “ Rasulullah mengajarkan kita jalan-jalan hidayah, dan salah satu jalan hidayah itu adalah solat di masjid(solat yang dikerjakan di masjid ).”( shahih muslim)

Ibnu Ummi Maktum berkata: Wahai Rasulullah, saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat di rumah? Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau mendengar azan?” Jawabku: Ya. Rasulullah saw bersabda: “Kamu tidak mendapat keringanan.” [HR Abu Daud No. 552, “Sahih”].
Kalaulah orang buta tidak diberi kelonggaran untuk meninggalkan solat berjemaah, orang yang celik tentulah lebih lagi wajibnya.
“ … maka hendaklah orang-orang yang menyalahi kehendaknya (Rasul ) takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa adzab yang pedih.” (An- Nuur : 63)

Sebab-sebab dibenarkan meninggalkan solat berjamaah;
a- Keuzuran umum, seperti hujan lebat, angin kencang atau jalan yang terlalu becak
Abdullah bin Umar ra telah melaungkan azan pada malam yang sejuk dan berangin. Kemudian beliau berkata: “Bersolatlah di rumah kamu”. Kemudian beliau menyambung lagi: “Rasulullah saw menyuruh muazzin supaya berkata: “(Apabila malam terlalu sejuk dan hujan) bersolatlah di rumah kamu”. [HR Al-Bukhari No. 635, Muslim No. 697]
b- Keuzuran Khas seperti sakit, dalam keadaan terlalu lapar dan dahaga, dan takut kepada ancaman bahaya ke atas diri dan hartanya.
Dari Ibnu Abas Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti sembahyang berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

Ada 3 golongan yang sembahyang berjemaah di masjid yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab:
Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid).
Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.
Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan

No comments:

Intai-intai

get this widget here