【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". ... ...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】
::..Seorang Insan Yang Mengambara Di Bumi Tuhan..::

Thursday 27 October 2011

Benarkah Mati Menyembunyikan Cinta = Mati Syahid?

Benarkah Mati Menyembunyikan Cinta = Mati Syahid?

Saya ditanya tentang status kata-kata ini yang dikatakan ia sebagai hadith, iaitu:
Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya dan dia mati, maka matinya itu adalah syahid.” 
Tidak pula saya pernah berjumpa dengan ‘hadith’ ini.  Benarkah ia hadith???  Sekali lihat macam diragui kerana ganjaran mati syahid adalah antara ganjaran tertinggi di sisi ALLAH.  Tidak berpadan dengan usaha yang kecil itu, iaitu sekadar menahan dari diluah rasa cinta.
Walaupun ia mempunyai maksud yang baik, iaitu supaya insan menahan diri dari mengikut hawa nafsu perasaan cinta, TETAPI sebagai Muslim, kita mestilah sentiasa awas tatkala menyebut sesuatu kata-kata yang disandarkan kepada Rasul yang mulia, Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Ini kerana baginda telah memberi amaran:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.”  (HR al-Bukhari, Muslim dan selain mereka)
Saya membuat carian di internet berkenaan perkara ini dan terjumpa tiga pautan yang saya rasa boleh membantu menjawab persoalan ini:
1.  Dr Asri, di dalam artikel beliau yang bertajuk Jangan Bohong Guna Nama Rasulullah, ada menyentuh kata-kata di atas.  Ia adalah ‘hadith’ palsu.  Bermakna ia bukan kata-kata Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam yang mulia, tetapi ia satu kata-kata yang direka lantas disandarkan kepada Baginda.  Saya memetik kata-kata dari artikel beliau:
Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:
Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya.
Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”.
Ramai ulama hadis telah menghukum dengan ta‘zir (denda) dan takdib (hukuman membetulkan akhlak) ke atas sesiapa yang meriwayatkan hadis palsu tanpa diterangkan kepalsuannya. Kata Abu ‘Abbas al-Sarraj: Aku melihat diberikan kepada Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari surat Ibn Karram yang bertanyakan beberapa hadis, antaranya: hadis daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya – disandarkan kepada Rasulullah (Iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang).
Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis ini maka wajib dipukul dengan keras dan dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan di kalangan ulama ada yang menghalalkan darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis (palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid), lalu Yahya bin Ma‘in berkata: “Darah orang ini halal”.
Daripada kenyataan di atas, dapat kita fahami bahawa kata-kata di atas adalah bukan kata-kata Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Menyebutnya sebagai kata-kata Baginda, boleh dihukum dengan ta`zir.
2.  Di dalam laman badurfillah.multiply.com, penulis ada menukilkan kata-kata Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Thibbun Nabawi (Pengubatan Nabi) dalam Bab Petunjuk Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam untuk Mengatasi Penyakit Asmara:
“Jangan tertipu oleh hadits palsu yang mengatas namakan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Suwaid bin Said, dari Ali bin Mushir, dari Abu Yahya Al-Qattat, dari Mujahid, dari Ibnu Abbas, dari Nabi, diriwayatkan pula dari Aisyah dari Nabi. Diriwayatkan oleh Azzubair bin Bakr, dari Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Majisyun, dari Abdul Aziz bin Hazim, dari Ibnu Abi Najih, dari Mujahid, dari Ibnu Abbas dari Nabi bahwa beliau bersabda, “Barang siapa jatuh cinta, lalu menjaga kesuciannya, lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.” dan dalam riwayat lain disebutkan, “Barang siapa jatuh cinta (kasmaran), lalu ia menyembunyikan perasaannya, menjaga diri dan bersabar, akan Allah ampuni dosa-dosanya dan akan Allah masukkan ke dalam Surga-Nya.”
Justeru, dengan adanya tegahan ini, sewajarnya kita jangan tertipu dengan mengatakan ia kata-kata Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Menurut Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah, kata-kata bertanda merah di atas di awal artikel ini ialah bukan hadith.  Ia ‘hadith’ palsu!
3.  Di dalam laman web hatinurani86.blogspot.com, penulis menulis seperti berikut:
Matan Hadis
Sengaja saya takhrijkan hadis ini kerana ramainya mereka mengunakan hadis ini dengan menggangap bahawa hadis ini boleh di amalkan.
من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد
Maksudnya :  Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya dan dia mati, maka matinya itu adalah syahid.”
Kitab Yang Meriwayatkan Hadis Ini
Di riwayatkan oleh al-Kharaity di dalam Kitab A`tilal al-Qulub Bab Man A`fa Fi A`syqihi, hadis no 103.Khatib al-Bagdadi di dalam Tarikh Bagdad, juz 11 m/s 297 no. 6079.
Masalah Hadis Ini
Hadis ini terputus sanadnya pada عبد الله بن عبد الملك الماجشون, yang mana menjadikan hadis ini tidak mencukupi syarat sahih dan hasan.
Hukum hadis
Palsu ( Jamek Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s 1248, no 12473 ).
Hadis ini adalah sebahagian daripada hadis golongan sufi yang mungkar ( Salasilah Sohehah, jil 19 m/s 67 ).
Dengan tersenarainya 3 sumber di atas, saya rasa cukuplah ia menjadi panduan bahawa kita tidak wajar mengungkap kata-kata Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya dan dia mati, maka matinya itu adalah syahid” sebagai hadith iaitu disandarkan ia kepada kata-kata Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.
Hatta, kalau tak disandarkan kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pun tidak patut kerana menjanjikan sesuatu amalan dengan ganjaran tertentu mestilah disandarkan dengan nas yang sahih.  Justeru, tinggalkanlah kata-kata ini.  Banyak lagi yang boleh disentuh jika mahu bercakap soal cinta.  Antaranya, ada saya sentuh di dalam artikel ini:
Semoga ALLAH memelihara kita semua dengan hidayah da taufiq, amin…
WAllahu Ta`ala A`lam.

<artikel ny dr cni>

No comments:

Intai-intai

get this widget here